Kadang ujian hadir tanpa kita duga,
Bila ujian itu datang menimpa kita?
Dimana ujian itu akan ada dihadapan kita?
dan kenapa ujian itu dihadirkan pada diri kita?
Antara soalan-soalan yang biase kedengaran dari mulut seseorang yang di timpa musibah/dugaan.
Aku diantara mereka semua.
Mungkin ini balasan dariMu...
Peringatan buat diri yang terlupa akan Mu..
Tuesday, 18 August 2015
Ujian Demi Ujian
Thursday, 2 July 2015
Mengemis KasihMu Sang Pencipta
Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah
Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati
Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi
Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaKu
Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi
Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaKu
Ya Allah…
Ampuni Hamba...
~Mengemis Kasih - Nazrey ~
Epilog Seorang Hamba
BILA MENTARI BERSINAR TERANG
TERPANCAR CAHAYA SURIA
MEMUJI KEAGUNGAN TUHAN PENCIPTA
MENGINSAFI KEDOIFAN
BILA MENTARI MENGHILANG DIRI
TERBIT PULA KENANGAN LALU
TERTUNDUK KU PASRAH SEDIH KU MENYEPI
HANYUT DALAM ARUS BERLIKU
OH TUHANKU YANG KU ESA
AMPUNILAH HAMBAMU
BERIKANLAHKU KEKUATAN
MENGHARUNGI MENAHMU
KU POHON RESTU HIDAYAH DARIMU
RAHMATILAH HIDUPKU
TERIMALAH OH TAUBATKU PENGHAPUS SEGALA DOSAKU
YA KARIMMM,YA ALLAHHH,YA RAHMANNN,YA RAHIMMM
DERUAN OMBAK MENGHEMPAS PANTAI
BERGELORA DI PUKUL PANTAI
HIMPUNAN BUIH DITEPIAN
IA TIDAK BERKEKALAN
BEGITULAH HIDUP MANUSIA
TERPANCAR CAHAYA SURIA
MEMUJI KEAGUNGAN TUHAN PENCIPTA
MENGINSAFI KEDOIFAN
BILA MENTARI MENGHILANG DIRI
TERBIT PULA KENANGAN LALU
TERTUNDUK KU PASRAH SEDIH KU MENYEPI
HANYUT DALAM ARUS BERLIKU
OH TUHANKU YANG KU ESA
AMPUNILAH HAMBAMU
BERIKANLAHKU KEKUATAN
MENGHARUNGI MENAHMU
KU POHON RESTU HIDAYAH DARIMU
RAHMATILAH HIDUPKU
TERIMALAH OH TAUBATKU PENGHAPUS SEGALA DOSAKU
YA KARIMMM,YA ALLAHHH,YA RAHMANNN,YA RAHIMMM
DERUAN OMBAK MENGHEMPAS PANTAI
BERGELORA DI PUKUL PANTAI
HIMPUNAN BUIH DITEPIAN
IA TIDAK BERKEKALAN
BEGITULAH HIDUP MANUSIA
#Sang Pencari Cinta Ilahi#
Mencari DIA yg Hilang
Ke manakah menghilang? Siapa? DIA...Kekasih awal dan akhir..Allah, Tuhanku..Mana Tuhan dihati kau Sakinah? Masih wujudkah? Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berfikir sejenak. Selesai mengkhatamkan sebuah buku yg bertajuk "TarbiahSentap" kini popular diseluruh Malaysia. Sentap ke tak??? Hmmm kalau air mata mengalir deras dipipi tanda masih ade sinar untuk kau. Untuk kau melangkah berhijrah dari dunia jahiliyyah ke jannah. Biiznillah...Dengan semangat, azam, tekad, doa, dan tawakkal. InshaAllah ALLAH menanti kau. Sejak bila? Sejak dari mula kau melihat dunia hingga kini dan selama-lamanya. Sakinah...berkali2 kau diuji, masih kau tak sedar ke, Allah uji kau tanda dia sayangkan hambaNya. DIA sayangkan kau. DIA rindukan rintihan pengampunan dari kau. DIA mengharapkan kau ingat sentiasa DIA. Tapi kau..........
Ya Allah.. Kerdilnya rasa diri ini, bila teringat kembali, saat DIA hadirkan ujian seberat batu besar, saat tu, kau mula mencari segenap kekuatan dari DIA. Kau ingat tidak, masa kau tengah seronok bercinta dgn seorang hamba, kau lalai, kau leka, kau tak ingat semua nikmat yg DIA dah berikan dahulu. Kenapa mesti kau nak ulang??? Allah balas cash jer, DIA ambil org yg kau sayang2kan, yg kau agung2kan dahulu. Baru kau tahu langi tu tinggi ke rendah. Mase tu baru kau nak cari DIA.
Masa tu juga baru kau nak sujud cari DIA. Tempat kau minta kekuatan. See Allah, kalau dah marah. Hanya org yg berdosa seperti aku merasa. Betapa nikmatnya bertemu kembali. Tapi sehingga bila boleh bertahan? Mampu ke kau? Setahun yg lalu, kau menangis, meraung, dalam setiap kali doa, kau minta DIA kembalikan seorang hamba. Tapi, tak akan. DIA marah sungguh pd diri kau, yg lupakan DIA, bila kau jumpe kebahagian. Kau tak pernah bersyukur!!! Dahulu, kau bertemu dengan DIA, setiap hari sepertiga malam. Kenapa sekarang tidak lagi??? Sakinahhhh...bangun sakinah...jangan leka kejar cinta dunia, cinta manusia. Kejarlah cinta DIA, yg sentiasa Mencintai kau. Tak perlu lagi kau kejar cinta manusia yg entah kapan bisa saja melukakan hati kau yg sedia terhancur. Untuk apa lagi kau menunggu, kau seorang terpelajar, kau mampu berfikir, berfikir yg terbuka. Kau bercinta dengan lelaki, hanya untuk puaskan kehendak nafsu sahaja kan. Apa kau dapat, kalau kau sayang dia? Kau akan lebih cintakan Tuhan? Bukan, kerna lelaki kau cintakan Tuhan, bukan ikhlas namanya. Sudahhh lah sakinah. Bangkit ! Sedarlah ! Cinta yg kau perlu agung2kan dahulu...Cinta Allah, Rasul, dan ibu ayah dahulu....kemudian, Cinta yg lain bakal menyusul..percayalah Allah akan bagi yg terbaik buat diri kau. Tak usah kau mencari cinta Sang Adam. Dia hanya akan mendatangkan sakit di dalam hati, yg diberi nama IMAN.
Ya Allah, betapa Aku rindukan Kasih Sayang Mu. Yg selama ini aku abaikan...kemana menghilangnya Ya Allah..aku mohon tetapkan hati ini, kuatkan hati ini, serta cekalkan lah hati ini, untuk aku terus mencari sinar cintaMu ya Rabb. Aku rindu saat dahulu, menitis air mata sewaktu dahi terkena lantai sajadah. Kemana hilangnya cinta aku kepadaMu Ya TuhanKu.....
Aku berharap, akan ada kebahagiaan kekal bagi aku, kecintaan aku kpd Mu lebih dari segala2nya...
Bangun...bertaubatlah sakinah...Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Pintu taubat seorang hamba tak akan pernah tertutup. Percayalah, Allah ada untuk semuanya.
Allahuakhbar...
Jadikan titis2 air mata ini penghapus dosa kecilku, dan ikhlas hati ini penghapus dosa besarku...
DIA tempat aku bergantung harap, tempat aku mengadu, tempat aku berkasih sayang....
Semogaaa....AllahumaAmeen...
Tuesday, 23 June 2015
23'th
ASSALAMUALAIKUM…
Ahlan
wasahlan ya Sakinah.. Alhamdulillah tahun ni genap umur aku 23 Tahun. Hmm kenapa
perlu ahlan wasahlan tu? Erm bagi aku umur sekarang ni la saat aku berubah
status. Hanya Harapan. Hampir kesemua sepupu sepapat sedara mara aku menamatkan
zaman bujang dorg pada umur segini. Aku ? Aku sedang menunggu seseorang. Seseorang
yang entah, aku masih tak dapat kata putusnya lagi. Masih mencari kepastian. Masih
menunggu jawapannya, masih mencari, dan masih tertanya2. Adakah aku yg
dipilihnya suatu hari nanti? Untuk kali ke berapa harus aku katakan, Jodoh Itu
Rahsia Allah.
Tepat
Jam 12:00am. Aku genggam telefon, Jam 12:05am, satu whtapp masuk, dengan serta
merta aku baca, dari Diana (Classmates Smasra). Terima Kasih, sebab dia ingat
bezday aku. Bukan senang nak dapat member bijak mcm dia.hehe Tapi Hambar. Aku tunggu
lagi, wssp dari teman sekolah aku, ucapan dan doa dikirimkan. Hmmm, jam 1:00am,
masih tak ada. Mana dia ni? Dia tak tahu ke atau tak ingat bezday aku? Kata sayang,
erm tanpa sengaja, air mata aku menitis setitik dan terus mengalir deras. Ya
Allah, sakinah… kenapa jadi macam ni? Dia sibuk tu, sabar laa..dia ingat, cuma
busy sikit. Mungkin esok dia ucap la tu…aku memujuk hati.
Keesokan
harinya, dah beratus2 ucapan aku terima, masih dia tidak ada dalam senarai. Kenapa?
Awak kat mana? Awak, sibuk sangat ke? Saya tunggu awak nie… ermm… akhirnya satu
ws masuk, dia. Aku baca dengan mood happy, kemudian marah. 10x aku kire2 nak
reply ke idok msj dia. Oleh krna hati dah rindu, aku balaskan juga.
Tahun
ni takde hadiah langsung, tak macam tahun sebelum2 nie, macam2 aku dapat,
family pon celebrate juga… tapi tahun ni semua sunyi sepi. Sabarlah sakinah.
Orang sayang kita, dia ingat. Takpelah, nanti aku beli kek sendiri, aku
celebrate sendiri. Sorang2 pon boleh…
Ok lah,
ni ucapan aku sempena Ulang Tahun Kelahiran. Hahaha.. orang tak ucap kat kite,
kite buat la ucapan nafsi-nafsi. Hoho
Hari ini aku dalam kekhusyukan dan keikhlasan dihadapan
hamparan rezekiMu,
Kau ciptakan aku dari tiada, menjadi ada.
Kemudian Kau kembalikan aku kepadaMu, Kehidupanku bejalan dan berputar sesuai
dengan kehendakMu,
Hari ini telah sampai usia ku dalam kedewasaan,
jadikanlah aku menjadi khusuk dan tawaduk dalam menerima hikmah dan berkahMu,
Bertambah usia dalam hitungan ku, berkurang pula usiaku dalam hitungan Mu.
INGAT, Saat hati ini benar-benar ingin memeluk dunia, ajarkan ia untuk rindukan
syurga.
شُكْرًا جَزِيْلً,
#Salam Ramadhan
& Selamat Ulang Tahun Angah a.k.a cik Sakinah Mawaddah Wa Rahmah
#Terima Kasih
Mak Ayah Along Adek, dan semua teman2 dan kenalan handai yg mendoakan diri ini
#Semoga terus
istiqamah mencari keredhaan dan berjaya dunia wa akhirat
#Doaku agar
kalian dipermudahkan dalam segala urusan beribadah.
#AllahummaAmeen..InshaAllahuTa'ala..
#Alhamdulillah alaa
kullihal
#18.06.2015
Dan yang ini, antara ucapan dari rekan & teman2 gue….
*Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada yang mengingati diri ini dan juga terima kasih juga atas doa kalian. semoga dimakbulkan Tuhan. Ameennn. Aku doakan kalian juga begitu.
Thursday, 19 March 2015
"Keinginan Setiap Wanita"
Kerana rindu itu aku setia…
Kerana kasih ini aku di sini…
Kerana sayang itu aku terluka..
Kerana cinta ini aku terus menanti…
“Keinginan Setiap Wanita”
Ketika seseorang wanita telah siap lahir dan batin. Maka keinginan
terbesar baginya adalah segera menuju gerbang ‘PERNIKAHAN’.
Ia begitu merindukan untuk segera menjadi ibu rumah tangga.
Ia begitu merindukan untuk segera menjadi isteri.
Ia begitu merindukan untuk segera menjadi seorang ibu dari
anak-anaknya.
Dalam setiap doanya. Dalam setiap sujud kepada-Nya. Ia
benar-benar merindukan seseorang lelaki yang punya komitmen jelas untuk menjadi
suaminya. Bukan sekadar mempermainkan perasaannya.
Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya
untuk memujinya.
Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya
untuk merayunya.
Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya
untuk memacarinya.
Dan ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang
hanya untuk mempermainkan hati dan perasaannya.
Ia hanya berharap seorang pemimpin.
Ia hanya berharap seorang pembimbing.
Ia hanya berharap seorang imam.
Yang akan menjadi penyempurna ibadahnya.
Yang akan membawanya mulia di hadapan-Nya.
Khas buat sahabat yang masih dalam penantian hadirnya
seorang ‘JODOH’. Semoga Allah mempertemukan dengan pasangan yang baik.
Aamiin
ya Rabbal ‘Aalamiin…
#SEBELUM ENGKAU HALAL BAGIKU#
![]() |
| # InaKynaSakinahMawaddahWarRahmah ^_^ # |
Saturday, 14 March 2015
Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba
Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Aameen Ya Rabb alamin...
#Doa Seorang Hamba#
Wednesday, 11 March 2015
Aku Yang Kau Nikahi Hanyalah Wanita Biasa
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan
bidadari di luar sana
yang siap untuk kau pilih..
Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa,
yang sangat jauh dari sempurna.
Karenanya ku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan.
Maka ketahuilah..
Kepadamu yang akan memilihku kelak..
Aku tak sebijak bonda khadijah,
karenanya ku ingin kau tahu,
aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.
Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,
karena bagiku kaulah pemimpinku,
tak akan berani ku membangkang padamu..
Duhai kau yang telah memilihku kelak..
Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek.
Mungkin karena aku begitu sibuk di dapur,
menyiapkan makan untuk kau dan mujahid dn mujahidah kita
nanti
–insya’Allah-.
Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap.
Atau karena seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan mujahid dn mujahidah kita dapat tinggal dengan
nyaman dan sihat.
Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang
bekerja..
maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut
dan bijaksana...
Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar
keluhan dan ceritamu,
bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan
segala rasa,
tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga mujahid dn
mujahidah kecil kita yang sedang sakit,
dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami,
maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..
Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada
lingkaran hitam di mataku,
maka tetaplah tersenyum padaku,
karena kau adalah sumber kekuatanku..
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah,
ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
menangis dan tak terkawal,
bukan karena ku membangkang padamu,
tapi aku hanya wanita biasa,
aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di
hatiku,
tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu,
atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
maka bersabarlah,
yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..
Karena bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan
segala resahku..
Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan
memukul pelan si kecil karena lelah dan penatku di tambh
rengekannya yang tak habis-habisnya.
Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya,
tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.
Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati
kita,
tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di
telingaku,
tegurlah aku dengan hikmah,
karena dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku
lakukan untuk kalian,
dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada
malaikat kita,
dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan
yang ku berikan padanya,
dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak secerdas Siti Aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku,
membimbingku ke arah-Nya,
walau terkadang aku begitu bebal dan bodoh,
tapi jangan pernah letih mengajariku..
Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk
bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..
Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang
pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya,
agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu,
kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dan memutih.
Kulitku yang bersih akan mulai keriput.
Tanganku yang halus akan menjadi kasar..
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik,
yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu..
Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..
Maka jangan pernah berpaling dariku..
Karena satu yang tak pernah berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
yaitu rasa cintaku padamu..
Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..
Maka, cintailah aku,
dengan apa adanya aku..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..
Maafkan aku karena aku bukan puteri..
Aku hanya wanita biasa....
Terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju
jalanNYA.....
Semoga kita bisa sama-sama bahagia...
Teratak Hawariyyun,
Saturday, 7 March 2015
Ketentuan-Nya
Termenung aku dibalkoni rumah
memikirkan sejenak tentang hidup ini. Ya hidup aku yg aku laluinya penuh dengan
rintangan dan liku. Dari dulu hingga sekarang aku ingat setiap pahit getir aku
jalaninya dengan tabah dan tenang. Sebenarnya apa yg Allah mahu sampaikan pada
kau sakinah? Kau sedar tak semua yg berlaku ada hikmah nya. Aku kejar dunia,
dunia lah yg aku dapat. Aku kejar akhirat, akhirat lah yg aku dapat. Dimana aku
sekarang? Adakah aku berada di tempat yg selamat???
Betul kata orang, jadi baby tu
seronok kan.. tak kenal erti derita bahagia..tak merasa sakitnya kacewa. Sekarang
aku dewasa sudah. Tahun ni umur meningkat lagi untuk yang 23 tahun aku hidup di
dunia ni. Syukur Alhamdulillah.. tapi, Apa yang aku dapat? Apa yang aku dah berikan?
Apa pula yg bakal aku perolehi ? bagaimana pula dengan masa hadapan aku? Soalan
ini bermain2 di benak fikiran aku saat ini.
Ke mana arah tuju hidup aku
selepas aku tamat Sarjana Muda ini ??? bekerja ke? Berkahwin ke? Sambung master
plak ke? Ermm.. Semua perjalanan hidup ini telah diaturkan Allah sejak aku
hadir dalam perut emak lagi.. andai tiba masanya aku mendirikan rumah tangga yg
bahagia, aku nikah.. kalau tiba masanya aku bekerja, aku yakin tu rezeki Allah
beri. Dan jika diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran, aku terima dengan
hati terbuka. Mungkin semua yg bakal terjadi dalam hidup ini adalah ketentuan
dari Ilahi. Maka nya aku harus terima dan laluinya dengan redha.
Di sekeliling aku, terlihat sudah
hampir separuh dari sedara mara sepupu sepapat yg rapat dengan aku telah
mendirikan rumah tangga. Di usia seperti aku sekarang, mereka bernikah. Siapa
yang tak inginkan semua tu kan? Mak cik pak cik sedara dah mula bertanya,
“sakinah bile lagi?” Aku hanya mampu tersenyum dan menjawab, “doakan kinah”.
Untuk sedapkan lagi perasaan ini, hati aku berkata, “Sakinah, kau kan masih
study lagi, toksah fikir hal tu semua, kejar cita-cita dulu”. Okey.
Kalau aku tak putus dengan Dia,
pasti aku akan bertunang tahun ni, rancangan yg dulu semuanya musnah. Aku tak
leh kata ‘kalau’, umpama aku menolak ketentuan-Nya. Tidak, memang sudah
tersurat perjalanan hidup aku dengan Dia, Cuma seketika bukan berkekalan. Aku
terima qada dan qadar ini.
Jodoh..dengan siapakah aku akan
bertemu? Persoalan yang tiada jawapan. Hanya Allah sahaja yg mengetahuinya.
Seandainya telah tercatat jodoh aku lambat lagi, aku tak kisah, kalau aku kuat
untuk teruskan langkah kaki ini. Kalau aku tak kuat, aku akan pergi jauh, lagi
jauh dari sini untuk aku bina hidup baru sendirian, bukan berteman. Dan mungkin
juga, aku akan kunci pintu hati ini untuk insan bernama Lelaki. Masa tu, aku
akan katakan, ‘Cukuplah aku setia bersama seseorang yang tidak pernah setia
bersama aku”. Aku akan hidup bersama dua insan yang setia bersama aku hingga
hujung nyawa ini. “AYAH EMAK”
Semua ni dah ditentukan oleh
Allah, aku yakin terselit seribu satu hikmah yg Allah akan berikan tika masanya
telah tiba. Sabarlah Nur Sakinah Ma Waddah Wa Rahmah. Suka nama ni (*,*).
Sebab, bila disebut macam ada aura je datang.. hehehe
Bulan... Subahanallah, cantik
sungguh ciptaan-Mu Rabb. Aku akan tatap Bulan ini setiap hari, setiap malam. Bulan
ini pengubat rindu, pengubat luka aku. Aku tidak lupa bersyukur kepada Allah,
kerna telah hadirkan bulan untuk aku tatap. Andai hati aku umpama bulan itu,
bercahaya dikelilingi langit yang gelap, dari jauh kelihatan NUR itu. Akulah
orang yang paling bahagia. Doakan aku tabah, kuat, cekal, dan happy di
hari-hari mendatang. Teruskan langkah. Jangan lemah!!!
"Sabarlah. Tuhan lebih menyayangimu daripada yang kau duga.
Sesuatu yang BAIK sedang disiapkan untuk mu"
-inakynasakunah-
Saturday, 28 February 2015
Cuti-Cuti Jambi.
Assalamualaikum
w.b.t..
Salam Mahabbah Jambi.
Salam Rindu from
Indonesia for Malaysia.
Salam Sayang from
heart for my sweetheart.
H.E.H.E.H.E
Berapa banyak salam daaa….
Okeyhh.. CUTI SEMESTER KEMBALI. Errr kembali ke?? Sudah 3 minggu berlalu kot
cuti sem kali ini, tapi tak rase cuti pon.. coz, ina tak pulang Malaysia -,- .
Orang duk tanya ina, tak balik Malaysia ke??? Ina jwb “Tak, nak habiskan sisa2 merantau
di Negara org nie.. kalau nak balik, jangan angan la nak tengok muke ni
firstday cuti.. haha sebelum cuti sem ina dah CA-ALIF-BUT dari jambi nie..
hehehe
Tinggal sisa beberapa hari jer
lagi nak abis cuti sem, baru semalam dapat merasa betul2 punye cuti..haha
kenapa?? Heee sebab sebelum nie ina ngn kawan2 sibuk urusin skripsi. Byk sangat
procedure nak kena lalui sebelum mulakan pembikinan skripsi. Jadi.. kami tak
ada masa untuk huhahuha laaa time cuti sem ni.. ok setel dah urusan skripsi,
mase untuk bercutiiii >_< !!!
KAMPOENG RADJA… JOMMM … !!!!
Ape jer ade kt kg. radja tu?? Haa
tempat tu mcm dekat Melaka, taman botanical or rekerasi… ade tasik boleh
berkayak, ade painball, flyingfox, dan macam2 lagi laa… malas ina nak sebut
satu-satu.. hihi kami sewa kijang,
pepagi subuh dah ngadap dapur, main masak-masak.. menu utama NASI LEMAK (NASI
GEMOK IN INDONESIA)… Ayam rempah, donut, air es teh.. hehe nyum3… Hari tu jer
ina melantak nasi lemak 4 pinggan.. huhh lepas rindu dapat makan makanan
Malaysia … Tak takot gemok ke??? Huishh,,, kalau fikir gemok, kempunan la
jawabnye nk mkn makanan Malaysia kt Jambi ni… ngeh3
![]() |
| Time to makang-makang. |
PAINBALL KAH KITERRR ??? HAHAHA…
ini part paling lucu dan kenangan yg tak bisa dilupakan nanti.. kahkahkah…
sebelum cite, kite gelak dulu..
RAHMAN : Jom main painball..
INA : Jommm…
NAQIBAH : korg main laa.. aku
tengok dari luar jer.. tak reti..
INA : alaa.. bha, jom laa..aku
pon tak pernah main bende nie, kite torai la.. kat sini tak ramai org.. kalau
tak reti main pon, tak malu.. hahaha
SHIMA & KAK FARAH : Tak
kesah.
INA : Ida tak leh masuk la..
bahaya utk kandungan tu..
RAHMAN : Boleh nak main, tapi duk
belakang sekali, dank org yg lain jgn tembak isteri aku plak nanti..
ARIFF : Aishhh.. tak sampai aty
plak nak tembak semua perempuan.. haha
INA : Alahh.. tembak jer tapi jgn
la tembak tempat yg tak sepatut nya.. hihi
![]() |
| Briged Malaysian |
OKEYYY.. GET READY SEMUA !!!
BACTH MARET 2014.
Seriusss lucu tengok ina n teman2
pakai bende alah nie.. macam tedy bear jer masing-masing… Dah la baju nyer besau, ngan helem dia lagi..
dah macam FRU kt Malaysia nuh plak… ini FRU import dari jambi.. Ok. Pengalaman first
time main bende alah nie… haa part nie lawak.. ktorang bahagi dua team. Team 1
: Rahman, ida, ina, ayuk, dik A. Team 2 : Arif, qiba, shima, kak farah. Lelaki
tu ketua kumpulan.
Masuk la gelanggang… team 1 duk
bahagian bwh, team 2 duk bhgian atas. Masing2 kena serang hendap. Haha Time
serang bermula.. dok jenguk2 tak ade orang pon yg berani ke hadapan.. tunggu
lagi.. tak bergerak.. diorg tak gerak, ina pon tak gerak laaa.. hahaha pengadil
pon tunggu, sampai gelak orang tu tengok kami.. tembak kena tembok jer.. tak kena orang pon… tapi mainan
ni sebenarnya ade pengajaran yg boleh diambil tau… Berani maju ke hadapan. Yurp..
bak kata man, itu sesi latihan self confident … Aikk.. kitorang ni lom abis
confident lagi kerr???
OK. Sebenarnya, tu antara
semangat2 tuk kami teruskan langkah ke depan..jagan pandang belakang lagi..
teruskan melangkah teman2… tinggal beberapa bulan jer lagi kami di jambi untuk
tamatkan Ijazah Sarjana Muda. Doain kami ya. Inilah satu cara utk membangkitkan
semangat kami yg lemah, sebab cuti tak dapat pulang Malaysia kann… huhu
Panjang nye entry kali nie, rajin
pula ina kan nak cite banyak2 nie..hehe sementara tengah free time nie la ambil
peluang update blogger… Okehh lah. Cukup setakat nie ina berceghita.. kalau
panjang sangat orang malas bace pulak kan >_<.
< SWEET MEMORIES AT JAMBINIAN
>
# HAPPY FAMILY # QUALITY TIME #
SAHABAT SELAMANYA # TEMAN SEPERJUANGAN # MOGA UKHUWAH INI DI REDHAI ALLAH #
AMIN YA RABB #
WASSALAM (^_*)
Monday, 23 February 2015
Kau Pemilik Cinta
Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....
Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...
Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi,,,
Oh pemilik hati
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....
Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...
Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi
Oh Tuhan...
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....
Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...
Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi,,,
Oh pemilik hati
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....
Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...
Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi
Oh Tuhan...
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu
>Dalam diam aku rindukan kamu<
Cc : Encik Perfect 10. Capital 'NA' .
Rindu.
Rasaku kamu ada disetiap sedih
juga senang ku...
Rasanya kamu sudah menjadi
bintang terang hidup ku…
Masih kurang rasa ku mencintai
hati mu…
Ingin aku jadi terbaik bagi mu…
Masih kurangkah aku menyayangi
hati mu…
Mahu aku mengganti setiap sukar mu…
Dengan tenang…
Rasaku kamu ada di setiap senyum
dan tangis ku…
Rasanya kamu sudah jadi yang
terbaik bagi ku...
Angah rindu ayah mak di Malaysia, Moga Allah jagakan mereka untuk ku...
Amin Ya Rabb...
#Diari anak rantau#
Jambi, Indonesia.
Sunday, 22 February 2015
TETAMU ALLAH (^_^).
Assalamualaikum w.b.t ukhti2,
akhi2 semua…
Ucapan sulung ku panjatkan syukur
yg tak terhingga kepada Allah, Tuhan yang menciptakan aku, Yang Maha Agung lagi
Maha Mengetahui segala isi alam ini. Aku menjadi tetamu Allah? Alhamdulillah…
umpama satu mimpi indah bagi ku.. tak aku sangka aku telah menjadi jemputan
Allah untuk menghadap-Nya di sana.. dibumi yg penuh barakah.. sehingga kini,
aku masih tertanya2, betul ke aku dah pernah jejak kaki dan diri yg kotor ni ke
sana? Allah..Allah..Allah..
Aku insan yg tak pernah lari dari
melakukan dosa-dasa kecil dan besar. Aku insan lemah, tak berdaya untuk
mengatakan aku seorang yang soleha. Jauh di sudut hati waktu dahulu pernah
terlintas persoalan, bila agaknya aku akan ke Tanah Suci itu? Angan-angan aku
telah menjadi kenyataan.. Nur Sakinah..kau dah berjaya ke sana. Tapi kenapa tak
percaya. Bukan tak percaya, aku tahu diri aku siapa. Tak layak untuk jejak kaki
ke sana. Aku insan kerdil disisi-Nya.
TERIMA KASIH ATOK HASAN DAN NENEK
HALIMAH. Disebabkan mereka juga, aku dapat melangkah dengan tenang disana.
Mereka sudi membayarkan semua perbelanjaan aku untuk menunaikan umrah. Terima
kasih tak terhingga.. Kalau mereka tak support aku, aku tak akan dapat nikmat
itu. Jasa nenek atok akan ina kenang sampai bila-bila nek.. ina akan dengar
cakap nenek, ikut cakap nenek.. Aku tahu, nenek buat tu semua untuk aku. Tapi
kenapa tak cucu lain? Masih ramai lagi cucu-cucu yg diorang sayang. Kenapa sakinah
nenek pilih??? Allah beri petunjuk pd atok nenek, untuk membawa aku, bukan cucu
lain. Syukurlah.. kau terpilih dari cucu2 yg lain. Bukan nenek tak sayang cucu
lain, mungkin ada hikmahnya.. ya hikmah…
Apa hikmah nya? Masih mencari…
Teringat waktu disana, pertama
kali jejak langkah kaki aku memijak lantai masjidil haram. Sebak mula terasa. Aku
sedih dalam gembira. Pertamanya, sedih sebab antara ahli keluarga aku, aku
dahulu datang ke sana. Aku toleh kiri tiada ayah, aku toleh kanan tiada emak. Aku
lihat belakang, tiada along dan adik. Mana semua? Kenapa Allah tak jemput
mereka juga? Aku ingin rase bahagia bersama2 mereka. Yang aku lihat saat itu,
atok dan nenek. Ya, sakinah.. kau datang bersama nenek atok. Bukan bersama
keluarga. Mungkin satu masa nanti kau akan bersama mereka juga disitu.
InshaAllah. Aminn..
Sebab keduanya, aku sedih sebab
aku datang menghadap Tuhan aku dalam keadaan diri ini belum benar-benar
bersedia. Sebelum hadir menjadi tetamu-Nya, aku banyak melakukan dosa-dosa
kecil. Aku memohon keampunan dari Allah, sucikan diri ini, yg kotor dek dosa yg
pernah aku lakukan selama aku hidup. Aku harap dosa-dosa aku diampuni
Allah..AMINN..
Sebelum aku tiba di Makkah, di
dalam bas aku mendengar sedikit tazkirah dan beberapa pengalaman dari mutawwif.
Dia menceritakan seorang wanita yg masuk ke dalam masjid, tidak dapat melihat
kaa’bah. AllahuAkbar. Sungguh aku takot saat itu. Dalam hati tak putus-putus
berdoa, agar aku dapat melihat kaa’bah itu. Aku mahu melihat, mahu merasa, mahu
menciumnya. Nenek atok tak putus2 nasihatkan aku supaya banyakan beristighfar,
dan berzikir. Dengan nikmat dan kurniaan dari Allah, aku dapat berpeluang untuk
melakukan apa yang aku mahukan. Syukur Ya Rabbi…
Saat aku disana, aku juga tak
lupa berdoa untuk hubungan aku dan dia. Moga Allah kekalkan kami hingga ke
hujung nyawa. Hanya Allah saja yg tahu betapa aku sayangkan dia. Mase di hotel,
aku sempat telepon dia di Malaysia, sanggup habis kredit. Banyak juga ole-ole
aku belikan untuk dia. Tapi kenapa dia pergi tinggalkan aku? Allah tak
makbulkan doa aku. Usah ditanya kenapa sakinah. Allah juga lah yg tahu jawapan
itu. Moga diberi kekuatan.
Sudahlah, bukan jodoh kau dan
dia. Allah dah tunjukkan hikmahnya, mungkin aku tahu. Biarlah aku simpan. Tak perlulah
diceritakan semua yg dah berlalu.
YA ALLAH, YA TUHANKU..SUNGGUH…!
AKU RINDU. AKU RINDU UNTUK MENJEJAKAN
KAKI KE MASJID ITU.
AKU RINDU UNTUK SUJUD DILANTAI
PUTIH TIDAK BERALAS ITU.
AKU RINDU MENGELILINGI KOTAK
HITAM ITU.
AKU RINDU MENCIUM HAJAR ASWAD.
AKU RINDU UNTUK BERLARI DARI
SAFFA KE MARWA.
AKU RINDU MINUM AIR ZAM-ZAM DI
SANA.
AKU RINDU AKAN TUHAN KU.
JEMPUTLAH AKU UNTUK KE SANA.
SUDILAH ENGKAU MENDENGAR RINTIHAN
DOA INI.
AKU MENGHARAP KEBAHAGIAN KEKAL UNTUK
KU.
AKU MOHON AMPUNI SEGALA DOSA-DOSAKU.
AMIN YA RABB A’LAMIN...
SEMOGA…
Saturday, 21 February 2015
Weight >_< ????
Assalamualaikum.. Hye
awoks..awokss semua (^_^) …
Hmmm..beno nye tak tahu nak cito
apo kek blog nie haa.. disebabkan hari libur yang sangat membosankan ni ciknot
duduk belek2 album gambar dolu2… hihi jumpe plak gambar nie haa..
Sukan.. jogging..excersice..badminton..tu
semua ciknot dah tinggalkan lame daa..sejak abis sekolah bende tu semua dah tak
aktif da dalam hidup ciknot..hehe ye laa..mane ade masa nak bersukan bagai
tu..ehh tak lahh..ade jer mase nye..cume malas jerr..ish3 pemalas punye anak
dara. Marah mak kalau tahu anak dia yg sorang ni pemalas..hikss..alaa malas
bersukan jerr pon..yg lain rajin..hehehe
Nak dijadikan cerita la kan..
Selama ciknot duk jambi ni hampir setahun..joging tu boleh kire la berape kali
jer..ade la dalam 3 or 4 kali..hehe bile dah hujung tahun timbang berat
badan..haa hamek kauu jemah..tambah kilo yg tak disangka2 dek akal..patot laa
rase berat semacam jer badan ni nak bergerak..rupenye kilo kau dah naik ciknot
oitt.. jangan nak perasan sangat awk tu kuruih lagi ehh.. “Umur meningkat maka nya
berat juga perlu meningkat”.. tu teori ciknot sekarang nie..hahaha
Yurp.. memang tak
dinafikan..kalau dibelek2 gambar lama..bandingkan dengan sekarang..mak aihhh..
kau dah tombam dah ciknot… Whatt ??? >_< alaa yeke.. macam tak percaya
pon ade gak nie.. Tanya member sini dorang ckp “ye not, ko dah berat.” “Ye
kina, kau dah tambam” “aah naa, ko dah Nampak berisi” …. Alaaaa… nape cakap cam
tu ?? kan dah nyesal makan banyak2 tak ingat dunia sebelum nie.. -,- ! hrmmm…
mane tak nye, sehari tak terkira kau makan.. dari celik mato sampai nak ke
tempat tidur pun kau mencekik ciknot2… Mane nye tak naik beraat tu..
Orang cakap ciknot bahagia sebab
tu berisi.. banyak la korang.. ciknot ni frusttt tahap cipan sebab tu makan,
makan, makan, dan terus makan.. sebab tak nak pikir bende2 tu sume..korang ape
tahu ??? So sekarang macam mana ?????????????????? Makkkk………………………… Help me
>_< !!!!
Nak jadi yang dulu2.. tak mau yg sekarang..
tak larat dah nak bawak badan ni ke hulu ke hilir.. siyess.. betul lah cakap
orang, nak naikkan berat badan ni sekejap jer laa.. nak turunkan balik, azab
nye lahaiii… pengalaman2.. OK pasni, makan beringat ciknot.. jangan pikir sedap
tekak kau jer.. Ingat lah orang tersayang..kehkehkeh. Dulu makan orang sayang
jage.. skg ni tak de orang sayang lagi nak jage makan kite, jadi nye makan jer
la ape kau nak makan..kan kan kan,…
Mulai saat ini, detik ini..
ciknot kena berazam untuk kurus semula macam dolu2.. hihi boleh ke ??
inshaAllah dengan kawal makan, bolehh kottt..kot laa.. sebelum abis belajar,
pulang Malaysia nanti.. Jadi seperti yang dulu.. ok? Siippp ! Doakan ciknot
berjaya mencapai azam itu..
![]() |
| Picture ni di snap beberapa hari sebelum berangkat ke Jambi Indonesia. Kuruihh kan jemah ? hehe |
#Kurus laa sakinah..kurus laa naa..kurus
laa not..kurus laa kau.. fuhhh !!!
OK lah.. bikin gua stress mikirin terus tentang ini..
Daaa.. Fefeeling bambam
>_< !
Tuesday, 17 February 2015
Aku Insan Biasa
ASSALAMUALAIKUM SOBAT2 SEKALIAN..
Aku adalah aku..aku bukan engkau..dan engkau bukan juga
aku..
Diri aku, diri aku..diri kau, diri kau..
Aku dan kau tidak sama..
Diri ini suatu ketika dahulu pernah disayangi dan di kasihi
oleh insan bernama Lelaki..
Hidup aku bahagia di sisi dia..bila ditakdirkan
berpisah..itu adalah satu mimpi ngeri bagi diri ini..
Tidak pernah terpikir bakal berpisah,akan terpisah, dan
telah pun berpisah..
Insan ini yg diberi nama Nur sakinah, telah menerima satu
ujian dalam perhubungan..
Iaitu PERPISAHAN…yaa sudah hampir dua tahun ditinggalkan
oleh sang lelaki yg dahulu nya berjanji untuk setia bersama diri ini hingga ke
akhir hayat.. namun hanya tinggal janji..janji itu PALSU !
Aku terluka..aku terjatuh..aku berusaha untuk
bangkit..bangkit dari segala kekecewaan..tapi kebangkitan aku kali ini bukan kerana seorang lelaki yg pernah
tinggalkan diri ini..
Malah bangkit kerana Agama, keluarga, dan masa hadapan..
Tidak akan terpikir lagi hati ini di usik oleh lelaki..
Aku ingin bahagia..bahagia bersama Tuhanku.. Bahagia bersama
Rasul ku, Bahagia bersama keluarga ku..semua itu adalah kebahagian aku di dunia
dan akhirat..
Tapi, aku juga seorang wanita biasa yg ingin dicintai dan
disayangi..
Bukan intan permata yang aku ingin kan..cukup lah keikhlasan
diri mu untuk menerima kekurangan diri ini, wahai sang lelaki…
Ingatlah wahai sang lelaki, bukan kerna seorang aku benci
akan speisis mu..tapi cukup la dia pertama dan terakhir yg hadir dalam hidup
aku untuk meluka dan dilluka..
Betapa pedih tak terhingga…
Sayangilah dan cintailah diri ini bukan untuk sehari dua, tapi untuk selama-lamanya..
Aku juga insan biasa, yg inginkan kebahagian dan di sayangi...
Akan ku kekalkan kesetiaan ini...
Pesan pada diri, jika takut
dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai…
Wassalam…
Bicara hati seorang terluka…
Jambi, 11.33 Am
MAMPUKAH AKU ?
MAMPUKAH AKU MENJADI SEPERTI SITI KHADIJAH ?
AGUNG CINTANYA PADA ALLAH DAN
RASULULLAH
HARTANYA DIPERJUANGKAN KE JALAN
FISABILILLAH
PENAWAR HATI KEKASIH ALLAH
SUSAH SENANG RELA BERSAMA…
DAPATKAH KU DIDIK JIWA SEPERTI
SITI AISHAH?
ISTERI RASULULLAH YANG BIJAK
PENDORONG KESUSAHAN DAN
PENDERITAAN
TIADA SUKAR UNTUK DILAKSANAKAN…
MENGALIR AIR MATAKU
MELIHAT PENGORBANAN PUTERI
SOLEHAH SITI FATIMAH
AKUR DALAM SETIAP PERINTAH
TAAT DENGAN AYAHNYA, YANG
SENTIASA BERJUANG
TIADA MEMILIKI HARTA DUNIA
LAYAKLAH DIA SEBAGAI WANITA
PENGHULU SYURGA…
KETIKA AKU MARAH
INGIN INTIP SERPIHAN SABAR
DARI CATATAN HIDUP SITI SARAH…
TABAH JIWAKU
SETABAH UMI NABI ISMAIL
MENGENDONG BAYINYA YANG MASIH
MERAH
MENCARI AIR PENGHILANG DAHAGA
DITERIK PADANG PASIR MERAK
DITINGGALKAN SUAMI AKUR TANPA
BANTAH
PENGHARAPANNYA HANYA PADA ALLAH
ITULAH WANITA SITI HAJAR…
MAMPUKAH AKU MENJADI WANITA
SOLEHAH?
MATI DALAM KEUNGGULAN IMAN
BERSINAR INDAH, HARUM TERSEBAR
BAGAI WANGINYA PUSARA MASYITAH…
DOAKU AGAR DIBERI TAUFIQ DAN
HIDAYAH OLEH NYA..AMIIN..
# AKU HANYA INSAN BIASA #
JAMBI, 8:55 WIB
Subscribe to:
Comments (Atom)





















