Saturday, 7 March 2015

Ketentuan-Nya

Termenung aku dibalkoni rumah memikirkan sejenak tentang hidup ini. Ya hidup aku yg aku laluinya penuh dengan rintangan dan liku. Dari dulu hingga sekarang aku ingat setiap pahit getir aku jalaninya dengan tabah dan tenang. Sebenarnya apa yg Allah mahu sampaikan pada kau sakinah? Kau sedar tak semua yg berlaku ada hikmah nya. Aku kejar dunia, dunia lah yg aku dapat. Aku kejar akhirat, akhirat lah yg aku dapat. Dimana aku sekarang? Adakah aku berada di tempat yg selamat???

Betul kata orang, jadi baby tu seronok kan.. tak kenal erti derita bahagia..tak merasa sakitnya kacewa. Sekarang aku dewasa sudah. Tahun ni umur meningkat lagi untuk yang 23 tahun aku hidup di dunia ni. Syukur Alhamdulillah.. tapi, Apa yang aku dapat? Apa yang aku dah berikan? Apa pula yg bakal aku perolehi ? bagaimana pula dengan masa hadapan aku? Soalan ini bermain2 di benak fikiran aku saat ini. 

Ke mana arah tuju hidup aku selepas aku tamat Sarjana Muda ini ??? bekerja ke? Berkahwin ke? Sambung master plak ke? Ermm.. Semua perjalanan hidup ini telah diaturkan Allah sejak aku hadir dalam perut emak lagi.. andai tiba masanya aku mendirikan rumah tangga yg bahagia, aku nikah.. kalau tiba masanya aku bekerja, aku yakin tu rezeki Allah beri. Dan jika diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran, aku terima dengan hati terbuka. Mungkin semua yg bakal terjadi dalam hidup ini adalah ketentuan dari Ilahi. Maka nya aku harus terima dan laluinya dengan redha.

Di sekeliling aku, terlihat sudah hampir separuh dari sedara mara sepupu sepapat yg rapat dengan aku telah mendirikan rumah tangga. Di usia seperti aku sekarang, mereka bernikah. Siapa yang tak inginkan semua tu kan? Mak cik pak cik sedara dah mula bertanya, “sakinah bile lagi?” Aku hanya mampu tersenyum dan menjawab, “doakan kinah”. Untuk sedapkan lagi perasaan ini, hati aku berkata, “Sakinah, kau kan masih study lagi, toksah fikir hal tu semua, kejar cita-cita dulu”. Okey.
Kalau aku tak putus dengan Dia, pasti aku akan bertunang tahun ni, rancangan yg dulu semuanya musnah. Aku tak leh kata ‘kalau’, umpama aku menolak ketentuan-Nya. Tidak, memang sudah tersurat perjalanan hidup aku dengan Dia, Cuma seketika bukan berkekalan. Aku terima qada dan qadar ini.

Jodoh..dengan siapakah aku akan bertemu? Persoalan yang tiada jawapan. Hanya Allah sahaja yg mengetahuinya. Seandainya telah tercatat jodoh aku lambat lagi, aku tak kisah, kalau aku kuat untuk teruskan langkah kaki ini. Kalau aku tak kuat, aku akan pergi jauh, lagi jauh dari sini untuk aku bina hidup baru sendirian, bukan berteman. Dan mungkin juga, aku akan kunci pintu hati ini untuk insan bernama Lelaki. Masa tu, aku akan katakan, ‘Cukuplah aku setia bersama seseorang yang tidak pernah setia bersama aku”. Aku akan hidup bersama dua insan yang setia bersama aku hingga hujung nyawa ini. “AYAH EMAK”

Semua ni dah ditentukan oleh Allah, aku yakin terselit seribu satu hikmah yg Allah akan berikan tika masanya telah tiba. Sabarlah Nur Sakinah Ma Waddah Wa Rahmah. Suka nama ni (*,*). Sebab, bila disebut macam ada aura je datang.. hehehe


Bulan... Subahanallah, cantik sungguh ciptaan-Mu Rabb. Aku akan tatap Bulan ini setiap hari, setiap malam. Bulan ini pengubat rindu, pengubat luka aku. Aku tidak lupa bersyukur kepada Allah, kerna telah hadirkan bulan untuk aku tatap. Andai hati aku umpama bulan itu, bercahaya dikelilingi langit yang gelap, dari jauh kelihatan NUR itu. Akulah orang yang paling bahagia. Doakan aku tabah, kuat, cekal, dan happy di hari-hari mendatang. Teruskan langkah. Jangan lemah!!! 

"Sabarlah. Tuhan lebih menyayangimu daripada yang kau duga.
Sesuatu yang BAIK sedang disiapkan untuk mu"

-inakynasakunah-

No comments:

Post a Comment