Sunday, 22 February 2015

TETAMU ALLAH (^_^).

Assalamualaikum w.b.t ukhti2, akhi2 semua…



Ucapan sulung ku panjatkan syukur yg tak terhingga kepada Allah, Tuhan yang menciptakan aku, Yang Maha Agung lagi Maha Mengetahui segala isi alam ini. Aku menjadi tetamu Allah? Alhamdulillah… umpama satu mimpi indah bagi ku.. tak aku sangka aku telah menjadi jemputan Allah untuk menghadap-Nya di sana.. dibumi yg penuh barakah.. sehingga kini, aku masih tertanya2, betul ke aku dah pernah jejak kaki dan diri yg kotor ni ke sana? Allah..Allah..Allah..

Aku insan yg tak pernah lari dari melakukan dosa-dasa kecil dan besar. Aku insan lemah, tak berdaya untuk mengatakan aku seorang yang soleha. Jauh di sudut hati waktu dahulu pernah terlintas persoalan, bila agaknya aku akan ke Tanah Suci itu? Angan-angan aku telah menjadi kenyataan.. Nur Sakinah..kau dah berjaya ke sana. Tapi kenapa tak percaya. Bukan tak percaya, aku tahu diri aku siapa. Tak layak untuk jejak kaki ke sana. Aku insan kerdil disisi-Nya.



TERIMA KASIH ATOK HASAN DAN NENEK HALIMAH. Disebabkan mereka juga, aku dapat melangkah dengan tenang disana. Mereka sudi membayarkan semua perbelanjaan aku untuk menunaikan umrah. Terima kasih tak terhingga.. Kalau mereka tak support aku, aku tak akan dapat nikmat itu. Jasa nenek atok akan ina kenang sampai bila-bila nek.. ina akan dengar cakap nenek, ikut cakap nenek.. Aku tahu, nenek buat tu semua untuk aku. Tapi kenapa tak cucu lain? Masih ramai lagi cucu-cucu yg diorang sayang. Kenapa sakinah nenek pilih??? Allah beri petunjuk pd atok nenek, untuk membawa aku, bukan cucu lain. Syukurlah.. kau terpilih dari cucu2 yg lain. Bukan nenek tak sayang cucu lain, mungkin ada hikmahnya.. ya hikmah…

Apa hikmah nya? Masih mencari…

Teringat waktu disana, pertama kali jejak langkah kaki aku memijak lantai masjidil haram. Sebak mula terasa. Aku sedih dalam gembira. Pertamanya, sedih sebab antara ahli keluarga aku, aku dahulu datang ke sana. Aku toleh kiri tiada ayah, aku toleh kanan tiada emak. Aku lihat belakang, tiada along dan adik. Mana semua? Kenapa Allah tak jemput mereka juga? Aku ingin rase bahagia bersama2 mereka. Yang aku lihat saat itu, atok dan nenek. Ya, sakinah.. kau datang bersama nenek atok. Bukan bersama keluarga. Mungkin satu masa nanti kau akan bersama mereka juga disitu. InshaAllah. Aminn..

Sebab keduanya, aku sedih sebab aku datang menghadap Tuhan aku dalam keadaan diri ini belum benar-benar bersedia. Sebelum hadir menjadi tetamu-Nya, aku banyak melakukan dosa-dosa kecil. Aku memohon keampunan dari Allah, sucikan diri ini, yg kotor dek dosa yg pernah aku lakukan selama aku hidup. Aku harap dosa-dosa aku diampuni Allah..AMINN..



Sebelum aku tiba di Makkah, di dalam bas aku mendengar sedikit tazkirah dan beberapa pengalaman dari mutawwif. Dia menceritakan seorang wanita yg masuk ke dalam masjid, tidak dapat melihat kaa’bah. AllahuAkbar. Sungguh aku takot saat itu. Dalam hati tak putus-putus berdoa, agar aku dapat melihat kaa’bah itu. Aku mahu melihat, mahu merasa, mahu menciumnya. Nenek atok tak putus2 nasihatkan aku supaya banyakan beristighfar, dan berzikir. Dengan nikmat dan kurniaan dari Allah, aku dapat berpeluang untuk melakukan apa yang aku mahukan. Syukur Ya Rabbi…

Saat aku disana, aku juga tak lupa berdoa untuk hubungan aku dan dia. Moga Allah kekalkan kami hingga ke hujung nyawa. Hanya Allah saja yg tahu betapa aku sayangkan dia. Mase di hotel, aku sempat telepon dia di Malaysia, sanggup habis kredit. Banyak juga ole-ole aku belikan untuk dia. Tapi kenapa dia pergi tinggalkan aku? Allah tak makbulkan doa aku. Usah ditanya kenapa sakinah. Allah juga lah yg tahu jawapan itu. Moga diberi kekuatan.

Sudahlah, bukan jodoh kau dan dia. Allah dah tunjukkan hikmahnya, mungkin aku tahu. Biarlah aku simpan. Tak perlulah diceritakan semua yg dah berlalu.


YA ALLAH, YA TUHANKU..SUNGGUH…!
AKU RINDU. AKU RINDU UNTUK MENJEJAKAN KAKI KE MASJID ITU.
AKU RINDU UNTUK SUJUD DILANTAI PUTIH TIDAK BERALAS ITU.
AKU RINDU MENGELILINGI KOTAK HITAM ITU.
AKU RINDU MENCIUM HAJAR ASWAD.
AKU RINDU UNTUK BERLARI DARI SAFFA KE MARWA.
AKU RINDU MINUM AIR ZAM-ZAM DI SANA.
AKU RINDU AKAN TUHAN KU.
JEMPUTLAH AKU UNTUK KE SANA.
SUDILAH ENGKAU MENDENGAR RINTIHAN DOA INI.
AKU MENGHARAP KEBAHAGIAN KEKAL UNTUK KU.
AKU MOHON AMPUNI SEGALA DOSA-DOSAKU.
AMIN YA RABB A’LAMIN...
SEMOGA…


No comments:

Post a Comment