السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalamualaikum
wbt (^,-)
Alhamdulillah..hari
ini genap sudah umur ina 21 tahun..syukur Ya Allah, ina diberi kesempatan untuk
menulis sesuatu pada hari ulang tahun ina..ina tak tahu sama ada Allah beri
lagi peluang pada ina untuk mencari hidayah dan redha Nya lagi atau pun
tidak..ina hanya mampu berdoa agar di panjangkan umur dan disempatkan untuk
terus mencari petunjuk nur hidayahNya..Insya’Allah..
Terima
Kasih ya Allah, di hari ulang tahun ku ini Engkau masih tetap melindungi diriku
dan memberikan nafas kehidupan terhadapku,
Terima
Kasih ya Allah atas semua kebahagian dan kesulitan yang Kau hadirkan yang
membuatku semakin kuat menjalani kehidupan,
Aku
tahu ya Allah, bertambahnya umur bererti berkurangnya usiaku, mudah-mudahan
usia yang tersisa ini, Aku tetap dapat memberikan manfaat yang terbaik buat
semua,
Ya
Rabbi, aku mohon kepadaMu nikmat yang sempurna, perlindungan yang berterusan,
kesihatan yang secukupnya, hidup yang bahagia, kenikmatan yang lengkap, dan
juga menenangkan hatiku…
Terima kasih buat keluarga ina, Ayahanda (Mohd Yatim bin Hasan)
& Bonda (Sokyah bte Hasyim), Along (Nur Shahidah) dan Adik (Mohd Lutfi)
yang selalu berada disisi ina dan menyokong ina dalam pelbagai aspek… Dan buat
seorang yang teristimewa dihati ina saat ini (orang pertama mengucapkan selamat
ulang tahun untuk ina) incik Noor Ikmal Hijaz Ismail, Terima kasih.. Semoga
segala niat ikhlas ikmal dan ina akan terlaksana suatu hari nanti..insya’Allah..
Kepada
teman2 di Facebook, Twitter, dan juga Sms yg sudi mengucapkan selamat ulang
tahun kpd ina..ina ucapkan Terima Kasih banyak2..kerana ucapan kamu semua
adalah doa untuk ina..ina terharu sebab keikhlasan teman2 yg mengenali ina
dengan mengucapkan selamat ulang tahun dan Doa untuk ina. Semoga Allah
melimpahkan pula keimanan, rahmat, kesihatan dan rezeki kepada teman2 ina
semua..
Akhirul
kalam, ina doakan semoga Allah selalu melindungi kita, memberi kesihatan tubuh
badan, kejayaan dan kebahagian Dunyia wal Akhirat..Insya’Allah..Amin Ya Rabb..
Wassalam
(^_^)…
No comments:
Post a Comment