Ke manakah menghilang? Siapa? DIA...Kekasih awal dan akhir..Allah, Tuhanku..Mana Tuhan dihati kau Sakinah? Masih wujudkah? Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berfikir sejenak. Selesai mengkhatamkan sebuah buku yg bertajuk "TarbiahSentap" kini popular diseluruh Malaysia. Sentap ke tak??? Hmmm kalau air mata mengalir deras dipipi tanda masih ade sinar untuk kau. Untuk kau melangkah berhijrah dari dunia jahiliyyah ke jannah. Biiznillah...Dengan semangat, azam, tekad, doa, dan tawakkal. InshaAllah ALLAH menanti kau. Sejak bila? Sejak dari mula kau melihat dunia hingga kini dan selama-lamanya. Sakinah...berkali2 kau diuji, masih kau tak sedar ke, Allah uji kau tanda dia sayangkan hambaNya. DIA sayangkan kau. DIA rindukan rintihan pengampunan dari kau. DIA mengharapkan kau ingat sentiasa DIA. Tapi kau..........
Ya Allah.. Kerdilnya rasa diri ini, bila teringat kembali, saat DIA hadirkan ujian seberat batu besar, saat tu, kau mula mencari segenap kekuatan dari DIA. Kau ingat tidak, masa kau tengah seronok bercinta dgn seorang hamba, kau lalai, kau leka, kau tak ingat semua nikmat yg DIA dah berikan dahulu. Kenapa mesti kau nak ulang??? Allah balas cash jer, DIA ambil org yg kau sayang2kan, yg kau agung2kan dahulu. Baru kau tahu langi tu tinggi ke rendah. Mase tu baru kau nak cari DIA.
Masa tu juga baru kau nak sujud cari DIA. Tempat kau minta kekuatan. See Allah, kalau dah marah. Hanya org yg berdosa seperti aku merasa. Betapa nikmatnya bertemu kembali. Tapi sehingga bila boleh bertahan? Mampu ke kau? Setahun yg lalu, kau menangis, meraung, dalam setiap kali doa, kau minta DIA kembalikan seorang hamba. Tapi, tak akan. DIA marah sungguh pd diri kau, yg lupakan DIA, bila kau jumpe kebahagian. Kau tak pernah bersyukur!!! Dahulu, kau bertemu dengan DIA, setiap hari sepertiga malam. Kenapa sekarang tidak lagi??? Sakinahhhh...bangun sakinah...jangan leka kejar cinta dunia, cinta manusia. Kejarlah cinta DIA, yg sentiasa Mencintai kau. Tak perlu lagi kau kejar cinta manusia yg entah kapan bisa saja melukakan hati kau yg sedia terhancur. Untuk apa lagi kau menunggu, kau seorang terpelajar, kau mampu berfikir, berfikir yg terbuka. Kau bercinta dengan lelaki, hanya untuk puaskan kehendak nafsu sahaja kan. Apa kau dapat, kalau kau sayang dia? Kau akan lebih cintakan Tuhan? Bukan, kerna lelaki kau cintakan Tuhan, bukan ikhlas namanya. Sudahhh lah sakinah. Bangkit ! Sedarlah ! Cinta yg kau perlu agung2kan dahulu...Cinta Allah, Rasul, dan ibu ayah dahulu....kemudian, Cinta yg lain bakal menyusul..percayalah Allah akan bagi yg terbaik buat diri kau. Tak usah kau mencari cinta Sang Adam. Dia hanya akan mendatangkan sakit di dalam hati, yg diberi nama IMAN.
Ya Allah, betapa Aku rindukan Kasih Sayang Mu. Yg selama ini aku abaikan...kemana menghilangnya Ya Allah..aku mohon tetapkan hati ini, kuatkan hati ini, serta cekalkan lah hati ini, untuk aku terus mencari sinar cintaMu ya Rabb. Aku rindu saat dahulu, menitis air mata sewaktu dahi terkena lantai sajadah. Kemana hilangnya cinta aku kepadaMu Ya TuhanKu.....
Aku berharap, akan ada kebahagiaan kekal bagi aku, kecintaan aku kpd Mu lebih dari segala2nya...
Bangun...bertaubatlah sakinah...Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Pintu taubat seorang hamba tak akan pernah tertutup. Percayalah, Allah ada untuk semuanya.
Allahuakhbar...
Jadikan titis2 air mata ini penghapus dosa kecilku, dan ikhlas hati ini penghapus dosa besarku...
DIA tempat aku bergantung harap, tempat aku mengadu, tempat aku berkasih sayang....
Semogaaa....AllahumaAmeen...
Tersedar dari mimpi ngeri....nauzubillahiminzalik........................ :'(
 |
"Kejar Ynag LEBIH daripada ITU"
|