Tuesday, 23 June 2015

23'th

ASSALAMUALAIKUM…

Ahlan wasahlan ya Sakinah.. Alhamdulillah tahun ni genap umur aku 23 Tahun. Hmm kenapa perlu ahlan wasahlan tu? Erm bagi aku umur sekarang ni la saat aku berubah status. Hanya Harapan. Hampir kesemua sepupu sepapat sedara mara aku menamatkan zaman bujang dorg pada umur segini. Aku ? Aku sedang menunggu seseorang. Seseorang yang entah, aku masih tak dapat kata putusnya lagi. Masih mencari kepastian. Masih menunggu jawapannya, masih mencari, dan masih tertanya2. Adakah aku yg dipilihnya suatu hari nanti? Untuk kali ke berapa harus aku katakan, Jodoh Itu Rahsia Allah.

Tepat Jam 12:00am. Aku genggam telefon, Jam 12:05am, satu whtapp masuk, dengan serta merta aku baca, dari Diana (Classmates Smasra). Terima Kasih, sebab dia ingat bezday aku. Bukan senang nak dapat member bijak mcm dia.hehe Tapi Hambar. Aku tunggu lagi, wssp dari teman sekolah aku, ucapan dan doa dikirimkan. Hmmm, jam 1:00am, masih tak ada. Mana dia ni? Dia tak tahu ke atau tak ingat bezday aku? Kata sayang, erm tanpa sengaja, air mata aku menitis setitik dan terus mengalir deras. Ya Allah, sakinah… kenapa jadi macam ni? Dia sibuk tu, sabar laa..dia ingat, cuma busy sikit. Mungkin esok dia ucap la tu…aku memujuk hati.

Keesokan harinya, dah beratus2 ucapan aku terima, masih dia tidak ada dalam senarai. Kenapa? Awak kat mana? Awak, sibuk sangat ke? Saya tunggu awak nie… ermm… akhirnya satu ws masuk, dia. Aku baca dengan mood happy, kemudian marah. 10x aku kire2 nak reply ke idok msj dia. Oleh krna hati dah rindu, aku balaskan juga.

Tahun ni takde hadiah langsung, tak macam tahun sebelum2 nie, macam2 aku dapat, family pon celebrate juga… tapi tahun ni semua sunyi sepi. Sabarlah sakinah. Orang sayang kita, dia ingat. Takpelah, nanti aku beli kek sendiri, aku celebrate sendiri. Sorang2 pon boleh…

Ok lah, ni ucapan aku sempena Ulang Tahun Kelahiran. Hahaha.. orang tak ucap kat kite, kite buat la ucapan nafsi-nafsi. Hoho

Hari ini aku dalam kekhusyukan dan keikhlasan dihadapan hamparan rezekiMu,
Kau ciptakan aku dari tiada, menjadi ada.
Kemudian Kau kembalikan aku kepadaMu, Kehidupanku bejalan dan berputar sesuai dengan kehendakMu,
Hari ini telah sampai usia ku dalam kedewasaan,
jadikanlah aku menjadi khusuk dan tawaduk dalam menerima hikmah dan berkahMu,
Bertambah usia dalam hitungan ku, berkurang pula usiaku dalam hitungan Mu.
INGAT, Saat hati ini benar-benar ingin memeluk dunia, ajarkan ia untuk rindukan syurga.
شُكْرًا جَزِيْلً
#Salam Ramadhan & Selamat Ulang Tahun Angah a.k.a cik Sakinah Mawaddah Wa Rahmah
#Terima Kasih Mak Ayah Along Adek, dan semua teman2 dan kenalan handai yg mendoakan diri ini
#Semoga terus istiqamah mencari keredhaan dan berjaya dunia wa akhirat
#Doaku agar kalian dipermudahkan dalam segala urusan beribadah.
#AllahummaAmeen..InshaAllahuTa'ala..
#Alhamdulillah alaa kullihal
#18.06.2015


Dan yang ini, antara ucapan dari rekan & teman2 gue….






*Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada yang mengingati diri ini dan juga terima kasih juga atas doa kalian. semoga dimakbulkan Tuhan. Ameennn. Aku doakan kalian juga begitu.